PENSIJILAN MINYAK SAWIT MAMPAN MALAYSIA (MSPO)


Logo MSPO

ADAKAH ANDA PEKEBUN KECIL PERSENDIRIAN?

Jika anda memiliki kurang dari 40.46 hektar (100 ekar) kebun kelapa sawit, anda layak mendapat insentif pensijilan MSPO secara percuma.

Apakah MSPO?

Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) merupakan skim pensijilan nasional di Malaysia untuk ladang kelapa sawit, pekebun kecil dan kilang pemprosesan minyak sawit.

Pencapaian MSPO

Semak status terkini pensijilan dan pencapaian MSPO dengan layari mspotrace.org.my

FAEDAH MENDAFTAR MSPO

Percuma:

Kos Pensijilan

Kos Latihan

Rak Bahan Kimia*

Peralatan PPE*

*terhad kepada pekebun dengan pemilikan tanah 6.5ha dan ke bawah sahaja

SOALAN LAZIM

Anda boleh menyemak status pensijilan melalui portal eMSPO di pautan berikut: https://emspo.org.my
Bantuan merangkumi pembiayaan yuran pensijilan dan latihan berkaitan MSPO. Selain itu, insentif tambahan seperti Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan rak penyimpanan bahan kimia disediakan bagi yang layak (terhad kepada pemilik tanah 6.5 hektar ke bawah dan tertakluk kepada ketersediaan peruntukan).
RSPO (Roundtable on Sustainable Palm Oil) ialah pensijilan antarabangsa yang bersifat sukarela dan berasaskan Business-to-Business (B2B).

MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil) ialah pensijilan kebangsaan yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia dan diwajibkan, bertujuan memastikan seluruh rantaian industri sawit (kecil, sederhana dan besar) mematuhi piawaian kemampanan.
Pengauditan dijalankan oleh Badan Pensijilan (CB) yang mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia. Walaubagaimanapun, bimbingan, latihan, dan tunjuk ajar kepada pekebun kecil diuruskan sepenuhnya oleh MPOB.
Pekebun perlu mempunyai dokumen hak milik tanah yang sah atau kebenaran penggunaan tanah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa berkaitan melalui dokumen pengesahan yang sah.
Pekebun kecil persendirian dengan keluasan tanah kurang daripada 100 ekar atau 40.46 hektar layak menerima pembiayaan penuh yuran pengauditan dan latihan MSPO.

Insentif PPE dan rak penyimpanan bahan kimia hanya terhad kepada pekebun dengan pemilikan tanah 6.5 hektar dan ke bawah, tertakluk kepada ketersediaan peruntukan.
MPOB berperanan membantu dalam penyediaan dokumen, menguruskan latihan kepada pekebun kecil persendirian melalui SPOC (Sustainable Palm Oil Cluster), serta memberikan khidmat nasihat teknikal di lapangan.
Tidak. Seorang wakil sahaja yang dinamakan dalam lesen MPOB sudah memadai untuk pendaftaran lot tersebut di bawah pensijilan MSPO.